Thursday, September 23, 2004

Cantiknya... WANITA!

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.

Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."

Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.

Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali....

Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah, wanita! kerana, Setiap Wanita itu Cantik...

Tuesday, September 21, 2004

Kuasa Mutlak

Assalamualaikum. Khas buat teman-teman semua yang bakal bergelar Suami, Isteri, Ibu, Bapa dan semuanya yang bergelar anak...

Kuasa Mutlak - hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2.

Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya.

Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung di dalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu ke dalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?

Kalau anak - anak2 cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hatiibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesannya, doa2 nak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi.

Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Seorang sebab dia TANPA SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARIdia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak2nya.

Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.

Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.

Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK.

Tetapi yang penting bukan mempunyai bahkan mesti menggunakan dengan sebaiknya. Jangan menyalah gunakan kuasa itu kerana kita akan disoal kemudian hari nanti. Suami hendaklah memahami isteri dan ibu memahami anaknya.

Wallahu a'lam, sekian.

Sunday, September 19, 2004

Doa Pengasih Anak-Anak

[Source: unknown]

Assalammualaikum......masa saya kecik2 dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan balance2 nasik yg dia makan ... dan pagi2 sebelum gi sekolah, mak akan tuangkan air teh utk saya minum dlm cawan yg dia dah minum sebelum tu dan cam biasa, mesti ada sikit balance ...tapi taklah everytime ... secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat cam gitu ... dan sampailah saya dah besar panjang ni pon situasi ni still berjalan ... either balance makanan mak atau abah ... tapi kalo balance makanan anak2 memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah utk habiskan ... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yg lain ... samada kami perasan atau tidak ....

So satu hari tu tergerak nak tanya pasal isu ni kat mak ...akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat cam gitu sebab itu petua yg dia dapat dr arwah mak mentua dia sendiri ... arwah tok pompuan kami lah sebelah abah ... mak kata, supaya hati anak2 sentiasa melekat kat mak bapak... dan saya sendiri akui kesannya ... makin umur kita meningkat, hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yg
makin tua tu.. kalo kena marah ke kena tengking ke memang kami adik-beradik diam membisu jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tau yg kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok...jgn sekali2 makan lebihan makanan anak ... samalah ceritanya ... dan mak kata jugak, pagi2 jumaat masa dia bancuh air utk kami semua, dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...

Guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yg tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka2 ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dgn anak2 tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dr sorang anak, suruh sorang azan dan sorang qiam ... kemudian berganti2 bacakan doa lepas solat ... ini yg kami sekeluarga amalkan sampai sekarang... saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dgn mak abah secara pratiknya, inilah yg paling paling paling berkesan sekali ... tak caya try buat ... solat jamaah dgn anak2 tiap kali maghrib ... dapat semua waktu lagi baik ... sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa2 nya ... dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib .

Saturday, September 18, 2004

That 10% Which Leads To Infidelity

Received this interesting e-mail from a friend. Perhaps there is some truth in it, if not all.

Infidelity happens when you start looking for what you don't have. "Wow, this girl in my office is a real looker. I'm crazy about her because she's also understanding, intelligent, tender - so many things that my spouse is not."

Somewhere along the way, you'll find a woman or a man who will be more charming or sensitive. More alluring. More thoughtful. Richer. Have a greater sex appeal.

And you will find a woman or man who will need you and pursue you and go loco over you more than your spouse ever did. Because no wife or husband is perfect. Because a spouse will only have 90% of what you're looking for. So infidelity takes place when a husband or wife looks for the missing 10%.

Let's say your wife is melancholic by nature. You may find yourself drawn to the pretty clerk who has a cherry laughter. Or because your wife is a homebody in slippers and pajamas, smelling of garlic and fish oil, you may fall for a fresh-smelling young sales representative that visits your office in a sharp black blazer, high heels, and a red pencil-cut skirt.

Or because your husband is the quiet type, your heart may skip a beat when you meet an old college flame who has the makings of a talk show host.

But wait! That's only 10% of what you don't have. Don't throw away the 90% that you already have! Add to your spouse's 90% the 100% that represents all the years that you have been with each other. The storms you have weathered together. The unforgettable moments of sadness and joy as a couple. The many adjustments you have made to love the other. The wealth of memories that you've accumulated as lovers.

Infidelity happens when you start looking for what you don't have. But faithfulness happens when you start thanking God for what you already have. But I'm not just talking about marriage. I'm talking about life!

About your jobs.
About your friends.

About your children.
About your lifestyles.

Are you like the economy airline?
The main message is: If you start appreciating what you have right now, wherever you are is FIRST CLASS!

Friday, September 17, 2004

Orang Cemerlang


a) Tatacara makan & minum

1. Sebelum tidur,maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah,Allah lipat gandakan rezeki.

2. Sebelum tidur,berdoa,depends on apa yang kita hendak ~ sepanjang tidur,otak akan generatekan all of our wish & InsyaAllah,kita akan work towards it (ada semangat) di keesokan harinya.

3. Makan buah sebelum breakfast,lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala & also boleh rujuk kepada pakar pemakanan,vit C dari buah-buahan yang dimakan selepas breakfast,lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.

4. Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast,lunch & dinner). Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum,bagi teguk yang pertama sahaja,biarkan air dalam mulut about 10 second then baru telan. Teguk kedua & seterusnya boleh minum terus ~ sebab air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas,perut,& so on yang akan dibawa oleh air tegukan pertama.

5. Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan saja makan masa maghrib),sebab,bagi yang tengah study (or anak-anak),otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2 hours selepas makan so,if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja,jadi,tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30 (orang Cina take dinner around this hour).Juga,kita tak tidur dalam kekenyangan (yang mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

b) Tatacara di bilik air

1. Selepas buang air kecil,berdehem 3x ~ boleh elak daripada dapat batu karang.

2. Semasa buang air besar,mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar.

c) Tatacara didik anak

1. Antara tips untuk dapat anak bijak/genius,ajar anak (atau baby) tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung (yang terletak sebelah kiri) akan lebih "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan develop excellently.

2. Bagi anak-anak yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan) pakaikan baju warna orange ~ sebab warna ini boleh merangsang secara activenya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

d) Tatacara didik diri sendiri

1. Amalkan apa-apa yang baik (juga amalan-amalan baru) selama 21+ plus hari berturut-turut ~ Rasullullah (saw) bersabda,sesuatu amalan yang diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.

2. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain-lain yang negatif emosi - emosi ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yang mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum waktunya), selalu sakit perut & sebagainya.

Ada 3 kategori manusia :-

BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam

TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam

CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

Mudah-mudahan ada manfaat untuk kita semua, menjadi iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya. Jadi marilah kita saling ingat mengingati.....

Wallahu A'lam..

Thursday, September 16, 2004

Muslimah

tips utk muslimah...

1. Untuk membentuk bibir yang menawan, Ucapkan kata-kata kebaikan.

2. Untuk mendapatkan mata yang indah, Carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

3. Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, Berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.

4. Untuk mendapatkan rambut yang indah, Mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

5.Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, Berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, Dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.

6. Jadi, jangan pernah kucilkan seseorang dari hati anda Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, Ingatlah senantiasa, Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, Akan senantiasa ada tangan terulur.

7. Dan dengan bertambahnya usia anda, Anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, Satu untuk menolong diri anda sendiri, Dan satu lagi untuk menolong orang lain.

8.Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, Bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

9. Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Karena di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, Di mana cinta dapat berkembang.

10. Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, Yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Wednesday, September 15, 2004

Seandainya...

Andainya Cinta Itu Hendak Diberi ...

"Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti"

Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan. Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang...

1-Kuat agamanya.
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.

2-Baik akhlaknya.
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.

3-Tegas mempertahankan maruah.
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.

4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.

8-Rakan pergaulannya.
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.

9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan
dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parents nya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab.

10-Tenang wajah
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

"Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya..."

Think Again !

Sisterhood - Thought you might need a little comic relief.

1. If you love something, set it free. If it comes back, it will always be yours. If it doesn't come back, it was never yours to begin with. But, if it just sits in your living room, messes up your stuff, eats your food, uses your telephone, takes your money, and doesn't appear to realize that you had set it free....... You either married it or gave birth to it.

2. Reason to smile: Every 7 minutes of every day, someone in an aerobics class pulls a hamstring.

3. They keep telling us to get in touch with our bodies. Mine isn't all that communicative but I heard from it the other day after I said, "Body, how'd you like to go to the six o'clock class in vigorous toning?" Clear as a bell my body said, "Listen fatty.... do it and die."

4. My mind not only wanders, it sometimes leaves completely.

5. The best way to forget all your troubles is to wear tight shoes.

6. The nice part about living in a small town: When you don't know what you're doing, someone else always does.

7. Just when I was getting used to yesterday, along came today.

8. Amazing! ! You hang something in your closet for a while and it shrinks two sizes!

9. Sometimes I think I understand everything, then I regain consciousness.

10. I read this article that said the typical symptoms of stress are eating too much, impulse buying, and driving too fast. Are they kidding? That's my idea of a perfect day.

Send this to all the bright women you know and make their day!!! Or at least make them laugh a little...

Tuesday, September 14, 2004

Renungan Berumahtangga Dari DMFK


Apa Punca Anak Derhaka ?

Sabda nabi saw, "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat".

Lepas 7 hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran). Di mana yang nak dipukul tu? tapak kakinya..... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah....

Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.

Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka.

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.

"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup".

Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka".. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka (ibubapa) bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar.
Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah.

Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu. Bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.

Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa".

"Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

"Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?"

"Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah , kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar."Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.

"Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah. Isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut dan menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.

Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain. Bukan saya nak bawa kisah ni untuk mudah orang nak bercerai tidak, tapi pakat elok-elok....

sekian wallahua'lam.... sehingga berjumpa lagi....

Dr Mohd Fadzillah Kamsah

Monday, September 13, 2004

Tips Memilih Pasangan

Adakah cinta segala-galanya? Antara persoalan yang sering bermain di fikiran ialah sejauhmana kita pasti bahawa kita telah memilih individu yang sesuai sebagai pasangan hidup? Bak kata orang puteh "How sure are we that he or she is the right person for us?" Yang susahnya, berupayakah kita untuk menilai perwatakan seseorang sebelum berkahwin?

Seringkali kita terdengar rungutan bagaimana suami berubah menjadi seorang yang panas baran dan cepat tangan sedangkan semasa bercinta dahulu, pijak semut pun tak mati. Ada juga situasi di mana si isteri bertukarmenjadi seorang yang paling selekeh sedangkan dahulu beliau sering berdandan rapi semasa hendakkeluar berdua.

Ada pasangan yang benar-benar percaya bahawa cinta adalah segala-galanya. Benarkah begitu? Entahlah... saya sendiri kurang pasti. Seseorang pernah menasihati saya bahawa cinta itu boleh datang dan pergi. Mungkin hari ini anda dicintai dan dibelai sepenuh hati, tetapi bolehkah anda jamin bahawa si dia tidak akan berubah hati 20 atau 30 tahun dari sekarang? Tentu sukar kerana ini bukan cerita Hindustan tetapi realiti.

Memang benar kita tidak boleh memaksa mahupun menjamin kasih sayang seseorang tetapi sekurang-kurangnya anda telah meneliti segala aspek personaliti dan tolak ansur pasangan sebelum anda berkahwin.

1. Pegangan Agama
Bagaimanakahpegangan agama pasangan anda? Jika isteri memerlukan tunjuk ajar, adakah anda sanggup mendidikserta memberi semangat? Lebih-lebih lagi jika beliau saudara baru. Bagi yang wanita, adakah anda pasti bahawa pasangan anda boleh menjadi ketua keluarga yang baik dan seterusnya mendidik anda kejalan yang benar?

2. Menyayangi Pasangan
Adakah anda menyayangi pasangan yang bakal dikahwini? Jikalau ianya atas pilihan keluarga, adakah anda redha dengan pasangan yang telah dipilih? Bagaimana jika setelah sebulan berkahwin, anda terjumpa wanita atau lelaki idaman? Jika pernah berkasih dengan orang lain sebelum ini, sanggupkah anda melupakan segala-galanya dan mulakan hidupbaru?

3. Kesihatan
Adakah anda pasti tentang tahap kesihatan masing-masing? Pastikan bebas daripada pengaruh dadah atau penyakit jangkitan kelamin. Jika pasangan mempunyai rekod penyakit genetik yang mungkin menimpa anak-anak, adakah anda telah bersedia dan sanggup dari segi mental? Tanya diri sendiri samada sanggup untuk menghadapi risiko. Jangan tinggalkan keluarga kala malang menimpa.

4. Zuriat
Bagaimana jika pasangan tidak dapat memberikan zuriat. Bincang perkara ini sedalam-dalamnya, adakah anda berdua sanggup mengambil anak angkat atau bagi yang wanita, mengizinkan suami berkahwin lain. Memang kelihatan sukar untuk dibincangkan tetapi bukankah lebih baik jika anda mengetahui perdirian pasangan mengenai perkara ini sebelum berkahwin?

5.Kewangan
Perkara ini mungkin kelihatan remeh tetapi akan menimbulkan masalah besar jika tidak dipersetujui dari awal. Anda berdua harus berbincang bagaimanakah perbelanjaan keluarga patut dibahagikan. Adakah suami menanggung 70% manakala isteri 30% atau masing-masing 50%. Atau adakah suami sanggup menanggung 100% perbelanjaan manakala isteri menyimpan wang gaji sebagai simpanan keluarga.

Jika suami mahukan isteri menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, pastikan anda telah berbincang mengenai wang kocek ataupun elaun. Yang penting, tanya semua aspek tentang kewangan. Mungkin ada diantara pasangan yang akan bertengkar semasa sedang berbincang mengenai perbelanjaan keluarga tetapi sekurang-kurangnya anda akan tahu sifat serta prinsip hidup pasangan mengenai wang SEBELUM anda berkahwin.

6. Kerjaya dan Cita-cita
Adakah anda pasti tahap cita-cita pasangan anda? Bagi wanita, sudahkah anda berbincang dengan pasangan mengenai cita-cita serta kemahuan kerjaya yang ingin anda kecapi? Adakah pasangan sebagai suami mendorong serta bersetuju untuk memberikan sokongan atau sebaliknya? Bincang dengan hati terbuka lebih-lebih lagi jika anda bercita-cita tinggi. Bagi lelaki yang bercita-cita tinggi, elok jika anda memberitahu pasangan tentang peranan yang anda harapkan daripada seorang isteri supaya pasangan anda boleh membuat keputusan yang sewajarnya.

7. Kesesuaian
Adakah anda berdua sesuai untuk masing-masing? Adakah anda seorang yang peramah manakala pasangan pula seorang yang pendiam? Atau adakah anda seorang yang pembersih dan dia pula seorang yang selekeh? Sesuaikah anda? Anda sendiri yang pastikan kerana kadang-kala "opposite attracts" tetapi ada juga dari awal-awal lagi sudah tidak sesuai sikap tetapi mungkin tertarik diantara satu sama lain kerana faktor lain seperti rupa paras ataupun kedudukan.

8. Persefahaman
Sudahkah anda berbincang mengenai jadual pulang ke kampung semasa hari raya? Mungkin kelihatan remeh tetapi jangan terkejut jika topik balik kampung menjadi punca pasangan suami isteri bermasam muka di pagi raya!

9. Keluarga Mertua
Kesuaian serta persefahaman dengan keluarga mertua adalah sangat penting untuk menjamin kebahagiaan rumahtangga. Adakah anda serasi dengan keluarga pasangan? Jangan lupa bahawa apabila berkahwin, anda bukan sahaja "berkahwin" dengan anak perempuan atau anak lelaki mereka, malah dengan keluarga mereka juga.

10. Keperluan Seksual
"Absolutely no testing here!!". Maksud sebagai keperluan seksual adalah... bolehkah pasangan anda memenuhi citarasa seksual anda? Maksudnya, wanita atau lelaki yang bakal anda kahwini mestilah sekurang-kuranngnya menarik minat anda dari segi seksual kerana keperluan batin adalah sebahagian daripada kehidupan berkahwin. Hadapilah dengan berani!

BonusTip
* Sudahkah anda melakukan sembahyang sunat istikharah? Seelok-eloknya lakukan ini sebelum anda masuk meminang ataupun menerima lamaran seseorang.

Sunday, September 12, 2004

Enam Pesanan Khusus Untuk Wanita

Rencana oleh ulama muktabar.

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri. Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan

*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.." *SoMeTiMeS GoOd PeOpLe Do EvIl ThiNgs....

Saturday, September 11, 2004

Siapa Suami Yang Baik ?

Memetik kertas kerja Dasar Pembentukan Rumahtangga serta Adat-adat Yang Bercanggah. (tulisan Kadi Kuala Selangor, Haji Asmungi Mohd Sidek)

Sebagai seorang gadis apabila mula memikirkan alam dewasa dan ingin menggantungkan nasib dirinya kepada lelaki melalui rumahtangga, hendaklah membuat pemilihan teliti, seeloknya pilihlah lelaki:

1. Yang berkemampuan.
Sebagaimana hadis Nabi Riwayat Ahmad Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda, barang siapa diantara kamu bernikah, maka hendaklah ia bernikah, yang demikian itu amat menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan, tetapi barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu menahan nafsu."

Mampu yang dimaksudkan, berupaya menyediakan tempat tinggal, saraan hidup yang biasa mengikut suasana sekarang, serta pakaian untuk menutup aurat. Perkara-perkara ini wajib dilaksanakan suami dan kegagalan menyempurnakannya boleh mendatangkan kesan buruk dan mudah berlaku perceraian.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda.
Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri.
Apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.

4. Berkebolehan didalam urusan rumahtangga.
Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk.
Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan.
Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri. Allah sangat tidak menyukai manusia yang hanya bertawakal dan menyerah diri tanpa usaha sedangkan kejayaan dicapai melalui usaha.

7. Mudah memaafkan.
Sifat ini adalah sebahagian daripada sifat terpuji Rasullah ketika menegakkan agama Islam. Oleh itu suami bertanggungjawab sepenuhnya kepada isteri dan anak.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik lagi rajin beribadah.
Eeelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia, berpegangan agama lagi rajin beribadah dan tidak berpenyakit keturunan seperti gila atau penyakit merbahaya yang boleh membawa kepada kesengsaraan hidup.

Oleh itu buatlah pilihan dengan tepat dan seadil-adilnya kerana ianya akan menjamin masa hadapan yang bahagia.

Wallahua'lam.

Dunia ini adalah penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang kafir.

Friday, September 10, 2004

Is He The One ?

"Just to share with you, a dear friend sent me this article. I hope you have all read this as most of the theories propounded does hold water, albeit very subjective.

Marriage is a lifelong commitment, so if you are attached or otherwise, do not judge people on the surface. You must understand his/her worst and best traits inside out, and if you can tolerate with these at any given time.

Now, look into the eyes of your loved one, and ask yourself all the questions laid out below".

Mr/Ms Right?

When it comes to making the decision about choosing a life partner, no one wants to make a mistake. Yet, with a divorce rate of close to 50 percent, it appears that many are making serious mistakes in their approach to finding Mr/Ms Right!

If you ask most couples who are engaged why they're getting married, they'll say: "We're in love." I believe this is the #1 mistake people make when they date. Choosing a life partner should never be based on love (alone). Though this may sound not politically correct, there's a profound truth here.

Love (alone) is not the basis for getting married. Rather, love is the result of a good marriage. When the other ingredients are right, then the love will come. Let me say it again: You can't build a lifetime relationship on love alone. You need a lot more.

Here are five questions you must ask yourself if you're serious about finding and keeping a life partner.

QUESTION #1:
Do we share a common life purpose? Why is this so important?

Let me put it this way: If you're married for 20 or 30 years, that's a long time to live with someone. What do you plan to do with each other all that time? Travel, eat and jog together? You need to share something deeper and more meaningful. You need a common life purpose.

Two things can happen in a marriage. You can grow together, or you can grow apart. 50% of the people out there are growing apart.
To make a marriage work, you need to know what you want out of life - bottomline - and marry someone who wants the same thing.

QUESTION #2:
Do I feel safe expressing my feelings and thoughts with this person?

This question goes to the core of the quality of your relationship. Feeling safe means you can communicate openly with this person. The basis of having good communication is trust! i. e. trust that I won't get "punished" or hurt for expressing my honest thoughts and feelings.

A colleague of mine defines an abusive person as someone with whom you feel afraid to express your thoughts and feelings. Be honest with yourself on this one. Make sure you feel emotionally safe with the person you plan to marry.

QUESTION #3:
Is he/she a mensch?

A mensch is someone who is a refined and sensitive person. How can you test? Here are some suggestions.
i) Do they work on personal growth on a regular basis?
ii) Are they serious about improving themselves?

A teacher of mine defines a good person as "someone who is always striving to be good and do the right thing".

"So, ask about your significant other: What do they do with their time? Is this person materialistic?". Usually, a materialistic person is not someone whose top priority is character refinement.

There are essentially two types of people in the world:
People who are dedicated to personal growth and people who are dedicated to seeking comfort. Someone whose goal in life is to be comfortable will put personal comfort ahead of doing the right thing. You need to know that before walking down the aisle.

QUESTION #4:
How does he/she treat other people?

The one most important thing that makes any relationship work is the ability to give. By giving, we mean the ability to give another person pleasure.

Ask: Is this someone who enjoys giving pleasure to others or are they wrapped up in themselves and self-absorbed?

To measure this, think about the following:
i) How do they treat people whom they do not have to be nice to, such as waiters, bus boys, taxi drivers, etc?

ii) How do they treat parents and siblings? Do they have gratitude and appreciation? Do they show respect? If they don't have gratitude for the people who have given them everything, you cannot expect that they'll have gratitude for you - who can't do nearly as much for them!

iii) Do they gossip and speak badly about others? Someone who gossips cannot be someone who loves others. You can be sure that someone who treats others poorly, will eventually treat you poorly as well.

QUESTION #5:
Is there anything I'm hoping to change about this person after we're married?

Too many people make the mistake of marrying someone with the intention of trying to "improve" them after they're married. As a colleague of mine puts it, "You can probably expect someone to change after marriage ... for the worse!". If you cannot fully accept this person the way they are now, then you are not ready to marry them.

In conclusion, dating doesn't have to be difficult and treacherous.

The key is to try leading a little more with your head and less with your heart. It pays to be as objective as possible when you are dating, to be sure to ask questions that will help you get to the key issues. Falling in love is a great feeling, but when you wake up with a ring on your finger, you don't want to find yourself in trouble because you didn't do your homework.

HOW WILL I KNOW IF I'VE MET THE PERSON I SHOULD MARRY?

The choice of a marriage partner should not be based on "I get a warm, wonderful feeling whenever we're together and I want to have that warm wonderful feeling forever, so let's go get married". Feelings, as we have discussed, have no logic on their own. They need to be acknowledged, of course, but they need considerable assistance from your brain.

Marriage means choosing the person you will spend the rest of your life with. This, as you may have guessed, is a very long time to spend with one person. This person will live with you, eat meals with you, sleep with you and go on vacation with you. More important yet, this person will share your children. You need to choose wisely.

The decision should not be made based on feelings alone. You need to ask yourself some tough questions. The decisions have to be made on solid considerations.
Will this person be a good partner?
Is she mature enough to put her own selfish desires aside to look out for what is best for the family?
Is he prepared to be a good provider?
What is his track record? Is he responsible enough to get a good job and keep it?
Will this person be a good parent?
Can you stand the thought of your children turning out exactly like this person? They will, you know.

Children spend a lot of time with their parents and consequently pick up many or most of their parents' character traits. You had better like your spouse's traits a lot because you will be seeing them again in your children. If something were to happen to you, would you completely trust this person alone, with the task of raising and forming your children? This is not a pleasant thought, but it is an important consideration.

Not everyone dies at a ripe old age with great grandchildren gathered around the bed. Sometimes a parent dies and leaves young children in the care of the other parent. If you feel that you would need to be around to correct or lessen this person's influence on your children, then you are considering the wrong person.

Does this person share your faith in God? God does not give us children so that we can mould them into the coolest, most popular people in school. Our job is to get them to heaven. To do that, we need to raise them believing in God. It is tough to do that if only one parent believes.
Saying "This is right and that is wrong, and I want you to ignore Mommy until you are thirty-five" does not work. Small children ask about eight million questions in a single day. The answers to those questions go a long way toward forming the kind of adults they will become. Who will be answering those questions for your children?

Does this person you are marrying have sexual self-control? Single people sometimes have this idea that marriage is just some kind of lifelong sex festival and that as long as they have each other, they will never be tempted by other people. WRONG!!

There are many times in every marriage when one partner or the other is sexually unavailable - illness, the last months of pregnancy, travel. There are also times when spouses, just get on each others' nerves. At times like this, other people can seem very appealing. That can be dangerous, because there are plenty of very attractive people out there who are willing to make themselves available to married men and women. Do you want someone who has never said "no" to sex? If he is not good at saying "no" at eighteen, it won't be different at forty.

Do you want to worry about whether or not your spouse is being faithful? These are very important questions, and if you are not comfortable with all of the answers, you should definitely not marry this person. None if this is to say that feelings play no role at all in a marriage decision.

You don't have to, "Well, I suppose that you would make a good spouse and parent, so even though I don't particularly like you I guess I'll marry you'. You need to be happy and excited about the prospect of spending your life with someone. Your brain however must acknowledge that this person as a good choice.

Don't listen to your heart alone or your head alone. Wait until your heart and head agree.